RETAIL MANAGEMENT ASSIGMNET
1.0 PENGENALAN
99
Speedmart

Lee Thiam Wah merupakan pengasas
99.
Sejak kecil lagi beliau merupakan orang kurang upaya (OKU) . Lee yang terpaksa
berkerusi roda tahu dia perlu mengubah nasibnya sendiri... Cubaan untuk
mendapatkan kerja di mana-mana tempat yang memerlukan bantuan gagal, berikutan
keadaannya yang berkerusi roda. Sebagai seorang yang terpaksa duduk di rumah,
Lee tiada sumber pendapatan jadi dia mencari jalan membuka gerai tepi jalan
menjual makanan ringan. Berkat ketekunannya meniaga serta menyimpan hasil
jualannya, dengan bermodalkan RM17 ribu yang berjaya dikumpul sekian lama pada
usia 23 tahun, Lee memberanikan diri membuka sebuah kedai runcit. Di sinilah
dia belajar asam garam perniagaan sebenar. Mengambil pendekatan pro aktif, Lee
mempelajari semuanya menerusi apa yang dia lihat setiap hari. Lama kelamaan
Pasar Raya Hiap Hoe yang dibukanya menjadi semakin berkembang namun bagi Lee,
dia mahu mencabar dirinya sendiri. Menyedari model perniagaannya tidak akan
mampu bersaing dengan kedai-kedai milik warga Cina lain serta jelas tidak dapat
menyaingi pasaraya besar, Lee menjual kedai runcit kecilnya itu. Dengan modal RM38
ribu yang diperolehinya daripada jualan kedai itu, dia membuka cawangan pertama
pasar mini di Klang Utama yang dinamakan mini market 99 pada tahun 1999. Bagi
memudahkan urusniaga beliau, 99 Speedmart mempercepatkan pembayaran pada
pembekal dengan bayaran akan dibuat 30 minit selepas barang dihantar,
berbanding pasaraya-pasaraya besar yang membuat pembekal menunggu lama untuk
mendapatkan bayaran atas barang yang telah dihantar. Ini membuatkan 99
Speedmart mula terkenal sebagai rangkaian kedai yang memudahkan urusniaga dan
modus operandi itu tetap cuba dikekalkan sehingga ke hari ini.
Usaha beliau
memperkembangkan perniagaannya membuahkan hasil dan titik peluhnya mula
mendapat pengiktirafan kerajaan. 99 Speedmart dianugerahkan anugerah oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Atas usahanya membantu masyarakat dalam
merendahkan harga barang, inisiatif beliau berjaya melayakkan 99 Speedmart
mendapat anugerah 'Kedai Harga Patut' bagi beberapa tahun berikutnya. Sehingga
kini, 99 Speedmart telah berkembang mempunyai lebih 1000 cawangan di seluruh
Malaysia, membuka peluang pekerjaan kepada lebih 10,000 orang serta mempunyai
empat pusat operasi di seluruh negara. Bermula dengan sebuah kedai kecil
menjual tepi jalan, dianggarkan nilai 99 Speedmart ketika ini sudah pun
mencecah lebih daripada RM3.5 billion. Setiap pasaran 99 Speedmart
mini membawa pelbagai jenis barangan runcit yang terdiri lebih daripada
3,000 barangan dalam persekitaran yang menarik dan teratur dengan kedudukan
tinggi dalam saham. Setiap cawangan yang strategik terletak di pusat kejiranan,
sekali gus menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang lebih mudah
berbanding dengan pasaraya yang sibuk seperti supermarket serta hypermarket.
Dengan memanfaatkan rantai besar yang disokong oleh 2 pusat pengedaran
bersepadu, seluas 40,000 kaki persegi dan 65,000 kaki persegi, pekerja 99
Speedmart masing-masing bekerja lebih efisien dengan sistem logistik maju. 99
Speedmart adalah dapat mencapai ekonomi skala yang optimum melalui
pembelian pukal barangan sekali gus mencapai peningkatan kecekapan dan
mengurangkan kos. Penjimatan yang dicapai disampaikan kepada pelanggan 99
Speedmart. Ini menunjukkan bagaimana barangan runcit di pasaraya 99 Speedmart
mini sentiasa ditawarkan pada harga yang rendah, setiap hari.Berkembang
daripada hanya kedai salah pada tahun 1987 kepada lebih daripada 200 pasar mini
hari ini, 99 Speedmart mini pasaran
rantaian terus berkembang pada kadar yang menakjubkan.
Misi
"Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan
membekalkan pelbagai jenis produk penggunaan harian dengan harga yang
berpatutan."
Visi
"Kami berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan 'persekitaran
belanja yang ideal' yang menggabungkan unsur-unsur masa dan simpanan wang. Oleh
itu, slogan kami adalah NEAR 'SAVE."
2.0 PERUNCITAN
Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh
merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh
terletak di tepi jalan kawasan kediaman, di jalan membeli-belah yang
tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang
berhampiran dan kawasan membeli-belah. Sebagai
Contohnya, 99 Speedmart akan di letakkan di Kawasan perumahan. Pemilihan tempat
ini bagi memudahkan penduduk membeli barang hanya berjalan kaki tanpa menaiki
kenderaan. Contohnya, di Melaka iaitu Taman Pantai Emas, Klebang Besar, yang
sangat berdekatan dgn penduduk setempat. Dalam bidang perdagangan,
"peruncit" membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada
pengilang atau pengimport, baik
secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil
kepada pengguna akhir. Para pemasar
perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam
keseluruhan strategi pengedaran mereka. Sebagai Contoh, Pihak
Pengurusan 99 Speedmart membeli barangan
secara pukal di kilang. Mereka membeli dengan harga yang sangat murah, dan
menjual dengan harga yang sangat berpatutan. Contohnya, membeli barang-barang
dari Syarikat Nestle Malaysia. Untuk pengetahuan bahawa Syarikat Nestle
Malaysia mengeluarkan beberapa produk seperti produk kopi minuman (milo,
nescafe, dan lain-lain), produk susu ( susu everyday, susu nestle, dan
lain-lain). Sehubungan itu, syarikat speedmart akan membeli secara pukul , dan
menjual harga mengikut pasaran semasa.
Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang keperluan seperti makanan dan pakaian.
Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan sebagai kegiatan rekreasi.
Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan tengok-tengok barang di kedai yang
tidak selalu menyebabkan pembelian.
2.1 Elemen Campuran Peruncitan
i.
Elemen Penerangan (Lokasi
cawangan Daerah perniagaan, pusat membeli-belah, kedai terpencil atau pusat
membeli-belah)
ii.
Prosedur operasi (Kelebaran
yang sangat sempit dan luas kedalaman pelbagai , purata kepada kualiti yang
baik atau lebar luas dan mendalam,daripada pelbagai , purata kepada kualiti
yang baik).
iii.
Produk/perkhidmatan yang ditawarkan
-
Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
perlu memenuhi keperluan pelanggan dan dipelbagaikan. Taktik harga Antara kompetitif
dengan purata, purata dengan purata, berdaya saing, purata,
rendah atau sangat rendah.
iv.
Atmosfera dan khidmat pelanggan
-
Sederhana kepada sangat baik, baik kepada
lebih baik, sedikit di bawah purata kepada purata, di bawah purata atau sangat rendah.
-
Kaedah promosi Penggunaan peragaan secara
banyak (tenaga jualan yang luas), penggunaan iklan dan katalog yang banyak (mel
langsung dan jualan peribadi), penggunaan akhbar (layan diri) atau penggunaan
akhbar (jenama tidak diiklankan, pasukan jualan terhad).
v.
Kaedah promosi Penggunaan peragaan
secara banyak (tenaga jualan yang luas),penggunaan iklan dan
katalog yang banyak (mel langsung dan jualan peribadi), penggunaan akhbar
(layan diri) atau penggunaan akhbar (jenama tidak diiklankan, pasukan jualan
KEPENTINGAN
MENGGUNAKAN CAMPURAN PERUNCITAN
3.0
KEPENTINGAN PEMILIHAN LOKASI PERUNCIT
Memilih lokasi peruncitan adalah satu tanggungjawab
yang kritikal penting dan mencabar. Sebuah kedai atau premis perniagaan perlu
berada di dalam sesebuah bangunan yang mempunyai kesesuai di antara saiz dengan
urus niaga berkeadaan baik dan mampu menarik minat pembeli berkunjung ke
kedainya. Selain itu, pemilihan lokasi yang terbaik adalah mudah di lihat dan
di cari. Ketika anda dalam proses untuk mempersiapkan kedai jualan akan ada ramai
orang dapat melihat proses yang di lakukan bermula dari dekorasi dalaman,
pemindahan produk ke dalam kedai sehinggalah meletakkan papan tanda kedai
jualan. Sebagai contohnya, pihak pengurusan memlilih di sekitar Kawasan
perumahan dan menggunakan unsur warna hijau dan kuning serta logo 99 besar dan
diikuti perkataan “SPEEDMART”, yang akan memudahkan penduduk setempat atau
orang luar mengetahui peruncitan mereka. Pemilihan yang dipilih berikutan kurang persaingan
kerana jarak dengan pasaraya besar dapat dilihat. Pembeli kebanyyakan lebih
mengemari untuk membelanja barang-barang yang agak sedikit di kedia runcit
kerana tidak perlu beratur Panjang.
Lalulan pasaraya 99Speedmart ini biasanya akan membuatkan kedai akan di
lihat ramai orang 24 jam sehari. Ini berbeza jika memilih lokasi di kawasan
tertentu di mana kedai hanya di lihat ramai orang ketika waktu tertentu sahaja
.
Seterusnya, kepentingan pemilihan lokasi dekat dengan target pasaran.
Katakana pemilihan untuk membina sebuah perniagaan runcit yang berkaitan dengan
barangan pelbagai seperti alat tulis, buku, makanan segara yang mana semuanya
sesuai untuk mereka yang bergelar pelajar, maka lokasi yang berdekatan akan
memudahkan para pelajar dari Kawasan kolej atau Universiti dapat membeli
keperluan asas mereka.
Kepentingan selanjutnya ialah pembiyaan sewaan kedai. Kepentingan memilih lokasi kedai dari sudut kos adalah kadar sewaan. Apa yang
didapati bahawa kos sewaan yang disewa oleh pengurusan 99Speedmart adalah
sangat berbaloi berbanding pasaraya besar. Dalam dapatan kajian ini, hampir seluruh
Malaysia mempunyai cawangan 99speedmart. Hal ini bermakna, bahawa kadar sewaan harganya sangat berpatutan dalam
memilih lokasi perniagaan. Bahkan
kemudahan lain yang dapati oleh pengguna adalah mudah untuk meletakkan
kenderaan.
4.0
KEPENTINGAN ATMOSFERA KEDAI RUNCIT
Atmosfera adalah suasana atau perasaan umum oleh pelanggan ketika melawat atau datang
membeli barang di kedai. Faham yang didapati, kebanyakkan pelanggan
apabila memasuki kedai pasti mereka akan melihat suasana kedai. Ia lebih
berkaitan dengan kedudukan susunan barang, kebersihan, cara penyusunan barangan
serta label, logo dan harga yang dipamerkan. Sebagai contohnya, seorang
pelanggan datang di pasaraya 99speedmart, mereka akan melihat produk di rak,
kaunter, peti sejuk yang menyimpan minuman dan sebagainya. Didapati pasaraya
99speedmart menggunakan warna kuning dan hijau,di bahagian bagunan dicat serta
papan tanda yang kelihatan besarnya nombor 99 dan diikuti tulisan speedmart,
ini bermakna untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan yang datang ke 99speedmart.
Selain itu, susasa keselesaan, seperti di dalam kedai seperti penghawa dingin bagi memudahkan keselesaan
pelanggan agar tidak panas jika memasuki pasaraya. Selain itu, kepentingannya
atmosfera ialah dari penyusunan barangan. Penyususnan barangan dalam kedai di
kategorikan beberapa bahagian, dari bahagian mentah hinggalah barangan
keperluas asas pengguna. Bahkan kepentingan selanjutnya ialah pengarauh
juruwang. Jika juruwang memainkan peranan penting kepada penlanggan seperti
menyambut pelanggan dengan baik.
Justeru, pihak
pengurusan 99 Speedmart telah membawa pelbagai manfaat untuk pelanggan bahawa
menghilangkan kesesakan lalu lintas ramai dalam pencarian produk, bahkan
mengurangkan orang ramai beratur panjang di kaunter. Pihak pengurusan 99
speedmart berusaha untuk menyediakan pelanggan mereka “persekitaran belanja
yang ideal” yang menggabungkan unsur-unsur masa simpanan wang. Oleh itu, 99
speedmart mempunyai slogan yang dipanggil, “NEAR N SAVE”
Di sertakan
lampiran bergambar :
i.
Gambar di dalam kedai 99speedmart.
Kedudukan rak dan barangan tersusun

ii.
Carian
Produk mudah dan persekitaran membeli beli yang nyaman


iii. Kakitangan
yang mesra & membantu

iv.
Kedai
yang dekat di kawasan perumahan yang di paggil “ kedai kejiranan”

5.0 KEPENTINGAN PERKHIDMATAN
PELANGGAN PERUNCIT YANG DIPILIH
Setiapa
perniagaan memerlukan keuntungan serta boleh pulang modal. Pekhidmatan yang
diberikan kepada pelanggan merupakan salah satu faktor menetukan bahawa satu
perniagaan itu akan berpanjangan atau hanya sementara. “Good service is good
business (Siebel Ad)” pentinganya perhidmatan untuk pelanggan dalam perniagaan,
perkhidmatan di ukur dari segi layanan (cara percakapan, pertolongan, jawapan
jika terdapat pertanyaan, permintaan pelanggan untuk barangan yang dicari atau
dibeli). Bukan itu sahaja, pelbagai lagi perkhidmatan yang perlu ada dalam
perniagaan. Kepentingan perkhidmatan pelanggan dalam sektor peruncitan sangat
memerlukan kerana persaingan yang tinggi membuatkan kesan negatif akan berlaku
kepada peniagaan
Kepentingan
pertama adalah kepuasan pelanggan. Apabila pihak pengurusan memenuhi segala
kefahaman terhadap kehendak dan pengharapan pelanggan seperti memberi layanan
mesra dan adil kepada pelanggan, memberi potongan harga barangan, kemudahan
seperti bakul dan pelbagai lagi. Oleh sebab itu, apabila pelanggan memasuki
kedai, mereka akan merasa ‘teruja dan seronok’ serta akan membeli barangan di
kedai itu lagi. Walaubagaimanapun, pelanggan akan berasa sangat kecewa dan
sebagai seorang pelanggan mereka mengambil keputusan tidak akan kembali ke
kedai tersebut atau menceritakan kepada rakan-rakan jika perkhidmatan yang
diberikan tidak memuaskan. Sebagai contohnya, pihak pengurusan 99Speedmart
telah mengadakan Latihan dan Pembangunan sumber manusia. Dengan adanyer latihan
dan peluang pembelajaran kepada pekerja untuk memberi inspirasi dan mendorong
merela untuk melaksanakan fungsi kedudukan mereka. Komitmen pihak pengurusan
99Speedmart untuk meneruskan pembangunan manusia dan perniagaan adalah
penggerak di sebalik kepercayaan pengurusan terhadap pertumbuhan yang lebih
besar. Antara yang di laksanakan adalah Pembangunan Peribadi,(team building), Perbincangan Bulanan, Mesyuarat, Latihan (kursus kerja) dan pelbagai lagi.
Berikutan dengan anisiatif yang diberikan oleh pihak pengurusan terbukti telah
membawa hasil kerjayaan. Di dalam petikan akhbar Harian Metro pada 30 November
2017 bahawa “99Speedmart jana urus niaga melebihi RM 3.5 billion setahun.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Mr Lee Thiam Wah iaitu “selama 25 tahun
ini demi keperluan pelanggan, kami memperluaskan kedai, mempertingkatkan mutu
barangan, cara pameran barangan, berusaha
memberikan perkhidmatan dan layanan mesra kepada pelanggan”.
![]() |


Seterusnya,
membantu beri idea untuk perubahan. Tahap kepuasan dapat di lihat apabila para
pelanggan memberi respon kepada peniaga. Peniaga perlu menulis dan mengambil
maklum dengan apa yang diberitahu oleh pelanggan, dari maklumat tadi pihak
peniaga dapat kenal pasti kelebihan dan kekurangan serta apa yang perlu
diperbaharuhi.Sebagai contoh, pihak pengurusan 99speedmart telah mempamerkan
segala maklumbalas dan aduan perlu menghubungi di talian 03-336268863, email customer_service@99speedmart.com.my
atau melayari laman web www.99speedmart.com.my
untuk mengisi “online Enquiry”.
Selain
itu, kepentingan perkhidmatan adalah dapat memperkembangkan perniagaan serta
nama perniagaan akan lebih baik dan terkenal. Perkhidmatan yang baik, mampu
memberi kesan positif terhadap pengguna. Prestasi yang ditunjukkan mampu
bersaing serta mendapat pengiktirafan dan penganugerahan dalam perniagaan. Di
dalam perniagaan pelbagai cabaran yang akan dihadapi. Sehubungan itu, peniaga
perlu mencari alternatif baharu dalam pekhidmatan yang akan di tawarkan.
Perkhidmatan itu, perlu memberikan kemudahan kepada pengguna. Sebagai
contohnya, pihak 99speedmart telah menawarkan perkhidmatan “speedpoint” yang
terkandung adalah pembayaran bil, tambah nilai kad prabayar, dan perkhidmatan
kurier (menghantar/menurunkan barangan). Syarikat yang bekerjasama antaranya
ialah syarikat Pgeon(adalah perkhidmatan penghantaran barangan alternatif yang membolehkan
pelanggan mengambil dan menurunkan bungkusan di alamat/kedai 99speedmart yang
juga dikenali sebagai mata Pgeon), Hotlink, Redone, Tenaga Nasional dan
pelbagai lagi.
6.0
RUMUSAN
Kesimpulan, mendapati terdapat
banyak dan pelbagai kepentingan menggunakan campuran peruncitan untuk
perniagaan seperti 99Speedmart dalam menekan unsur-unsur seperti lokasi,
atmosfera dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi unsur lokasi, pelbagai
kepentingan yang didapati, kerana merupakan startegi perniagaan untuk kekal
atau jangka masa yang panjang dalam perniagaan. Persaingan juga merupakan
faktor pemilihan lokasi bagi memulakan peruncitan. Sebelum membuka sesuatua
perniagaan, pihak pengurusan 99Speedmart telah membuat tinjauan dan kajian
dalam menentukan lokasi kedai yang akan dibuka. Pemilihan lokasi bukan sahaja
untuk mengejar keuntungan sahaja tetapi untuk keselesaan pelanggan dar segi
tempat meletak kenderaan, ruang niaga yang luas dan pelbagai lagi. Seterusnya,
bagi kepentingan Atmosfera, keadaan dan susun atur serta ruang pameran barangan
amat baik sehingga pelanggan merasai untuk kembali lagi atau dating lagi untuk
membeli barangan. Keselesaan pelanggan juga sangat penting bagi mengukur
prestasi perniagaan. Di dalam ruang kedai 99Speedmart kebanyakkan ruang niaga
mereka memudahkan pelanggan untuk mencari barangan, bahkan penyediaan bakul
juga mencukupi. Kepentingan terakhir yang menekan unsur perkhidmatan pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan amat penting kerana nama baik perniagaan akan menjadi
buruk jika perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan. Akhir sekali, pilihan
kajian yang dipilih berdasarkan pencapaian perniagaan 99Speedmart sehingga
mampu mengembangkan perniagaan di seluruh Malaysia.
Rujukan
1.
Abdul Wahab Khalil Publisher (2016), Zahirnya
Sebuah Impian Dunia Peruncitan Pernama, Pernama Published ISBN Code:
9789671314234
2.
Carol Fung & Norasurah Abd Wahab
(2015), Panduan Urusniaga Runcit dalam Talian, MPH Publishing Published
3.
ones, F., "Retail Stores in the
United States, 1800–1860", Journal of Marketing, October 1936, pp. 135–40
4.
Krafft, Manfred; Mantrala, Murali K., eds.
(2006). Retailing in the 21st Century: Current and Future Trends. New York:
Springer Verlag. ISBN 978-3-540-28399-7.
5.
Kowinski, W.S., The Malling of America: An
Inside Look at the Great Consumer Paradise, New York, William Morrow, 1985

Comments
Post a Comment