RETAIL MANAGEMENT ASSIGMNET
1.0 PENGENALAN 99 Speedmart Lee Thiam Wah merupakan pengasas 99 . Sejak kecil lagi beliau merupakan orang kurang upaya (OKU) . Lee yang terpaksa berkerusi roda tahu dia perlu mengubah nasibnya sendiri... Cubaan untuk mendapatkan kerja di mana-mana tempat yang memerlukan bantuan gagal, berikutan keadaannya yang berkerusi roda. Sebagai seorang yang terpaksa duduk di rumah, Lee tiada sumber pendapatan jadi dia mencari jalan membuka gerai tepi jalan menjual makanan ringan. Berkat ketekunannya meniaga serta menyimpan hasil jualannya, dengan bermodalkan RM17 ribu yang berjaya dikumpul sekian lama pada usia 23 tahun, Lee memberanikan diri membuka sebuah kedai runcit. Di sinilah dia belajar asam garam perniagaan sebenar. Mengambil pendekatan pro aktif, Lee mempelajari semuanya menerusi apa yang dia lihat setiap hari. Lama kelamaan Pasar Raya Hiap Hoe yang dibukanya menjadi semakin berkembang namun bagi Lee, dia mahu mencabar dirinya sendiri. Menyedari model perniaga...