BBMC4103 CHANGE MANAGEMENT
1.0 PENGENALAN Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio , rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik . Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 . Oleh itu, pada masa kini terdapat media massa yang terkenal iaitu Media Prima. Media Prima Berhad adalah konglomerat media dan hiburan bersepadu Malaysia yang beribu pejabat di Bandar Utama . Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan oper...